Wednesday, January 26, 2011

Ibu sanggup tikam anak sendiri berkali2?????

Tikam bayi baru lahir

Oleh Abdullah Wahab
TAHAN...suspek (kanan) dibawa anggota polis ke HTAR. Gambar kecil, Jamilah.



SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi
bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui 
dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan 
polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan 
tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang 
kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi
 Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam
 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali 
menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, 
ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, 
ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, 
manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan 
di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

 “Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk
 siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke 
HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi
 mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.
 
Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun 
lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas 
urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia 
tiga setengah tahun.
 
Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal 
berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen
 dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian
 itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa 
di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, 
mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain 
dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,”
 katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber: Harian Metro, 26 Januari 2011.


* Astaghfirullahalazim...memang amat menyedihkan setiap kali membaca berita sebegini. 
Kes buang bayi ibarat membuang sampah sarap, buang di dalam lubang tandas,
 tempat pembuangan sampah, dan sebagainya... di mana sifat perikemanusiaan??? 
takkanlah sedikit pun tidak ada??? :'(


Cuba fikir, orang yang nikah secara halal, nak sgt anak...tapi, rezeki mereka lambat
 sampai...
Org yg dapat anak hasil berzina dgn pasangan, dengan mudahnya membuang bayi2
 yang tidak berdosa itu.... 
Dan yg lebih menyedihkan, yg melakukan hal itu adalah kebanyakannya org yg 
beragama ISLAM...
Bukankah kita harus mengamalkan cara hidup Islam dalam hidup kita? 
Patuh arahan Allah & Rasul, dan jauhi segala larangannya...
Dalam Qur'an, banyak yg menerangkan tentang zina...Allah melaknat org2 yg berzina... 
Fikirlah..kenapa kita dilarang melakukan zina??? sebab...Allah nak menjaga 
keturunan kita, maruah kita...semuanya berhikmah....
Kalau betullah tak dapat tahan nafsu nk berzina tue, kahwinla...lakukan secara 
halal...kalu tak mampu, berpuasa...seperti yg disarankan... Ya Allah...
Berita nie pula, pasal seorang ibu yg sanggup tikam anaknya sendiri berkali-kali...
Mana sifat keibuan itu hilang??? Astaghfirullah... 
*Semoga diriku,keluargaku,rakan-rakanku & semua umat Islam seluruhnya 
dipelihara Allah daripada terjerumus untuk melakukan hal-hal yg tidak 
berperikemanusiaan ini.....Nauzubillah....
Amin Ya Allah...... 

No comments:

Post a Comment