Wednesday, February 2, 2011

Rindu Sgt2 Miaw kt umah...huhu..

Aku Rinduuu dgn miaw2 aku kt umah...huhu...
tiap2 ari msti ingat je kt kucing2 umah 2...huhu..
mane taknye, dah dkat 2bln tak peluk cium miaw2 2...huhuhu..
klu aku sedih,kucing kt umah 2 mcm fhm2 je...msti dye dtg dekat..ajak maen..
takpun...dye duk manje2 dgn aku..pas2 tdo kt lengan aku...huhu...rinduuuu sgt2...

"ala,kan bnyk je kucing kt cni nie ina..." slalu kwn aku ckp camtu klu aku luah rase rindu kt dorg...
mmgla bnyk kucing2 kt cni...tp,xsamela dgn yg d umah...
miaw2 cni x jinak sgt...x manje mcm miaw kt umah..huhu...
bln april nnti br ada peluang jmpe miaw2 2...x sabar rase... ^_^

Hehe..mcm anak2 aku da miaw2 2...
eh,mmg sume miaw 2 anak2 aku pun...
aku yg jaga miaw2 2 dr kecik...jd mak bidan..hehe..
kucing aku 2 pelik sket,klu nak beranak,xleh sekor2...kna ada org tgk jg...pelik kn???hehe..
tp, 2 yg aku suke..hbgn kmi semakin rapat...ceh..lawak lak ckp cam2..hehehe.. ^_^





Niela kucing aku..
Bnyk lg miaw yg len kt umah..
tp gmbr si Small nie je aku ada.. :)


Small... :)



Monday, January 31, 2011

My Friends & I...

Niela kwn2 aku yg pling rapat kt Uia.. Cyg Kamu Sume!!! ^_^





Cuti Mid-Sem da start!!!

Start ari jumaat lpas, da start da cuti mid-sem...
Cuti kejap je,smpi ahad dpn, 6hb Febuari...mmg tak berbaloi pn klu nak balik sabah...
Tiket dahla mahal,assignment n projek paper pn berlambak..hehe...klu balik konfom tak siapla keje2 aku 2...


Best jg duk hostel time2 cuti lama nie...tak ramai org yg tggal kn...sunyi sket...blh fokus wt keje..hehe..
Tp,bnyk jg dugaan time2 cuti nie...asyik nak tgk movie je...pastue, asyik nak online je...
Yela,line tenet pun laju je sbb xramai org gn wireless..download cter pn laju je...
Tgk cter kt YouTube pn laju je...xde sekat2..huhu...
Alhamdulillah,aku xlupa tggungjwb aku sbgi sorg hamba Allah, Student, & Anak...
Bile msuk wktu solat,stop kjap..luang masa utk baca ayat2 suci...Allah is always in my heart...(",)
Assignment pn ttp wat...
Pas 2, tiap2 ari kol mak...hehe..rindu sgt2 kt mak,ayah,kakk,abg2,adik...pendek kate, rindu kt sume familyla..
tak lupe jg...rindu kt someone special..mmg slalu ingt kt dia.. ^_^


Aku tak berseorgnla dlm bilik...ada kwn2 jg kt cni...ktorg btiga kt bilik tau... :)
Yg sorg nie dr Indon, jd mmg xbalikla...yg sorg lg dr Kelantan...
Die tak balik sbb nak temankan aku kt cni...baik kan dia...syg kt lina...hehe.. ^_^
lgpun,diepn bnyk keje nk kena wt...exam pun bnyk pas cuti nie...huhu...


Yna,Chayo2..jgn malas2.. ^_^

Wednesday, January 26, 2011

Ibu sanggup tikam anak sendiri berkali2?????

Tikam bayi baru lahir

Oleh Abdullah Wahab
TAHAN...suspek (kanan) dibawa anggota polis ke HTAR. Gambar kecil, Jamilah.



SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi
bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui 
dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan 
polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan 
tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang 
kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi
 Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam
 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali 
menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, 
ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, 
ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, 
manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan 
di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

 “Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk
 siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke 
HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi
 mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.
 
Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun 
lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas 
urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia 
tiga setengah tahun.
 
Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal 
berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen
 dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian
 itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa 
di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, 
mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain 
dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,”
 katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber: Harian Metro, 26 Januari 2011.


* Astaghfirullahalazim...memang amat menyedihkan setiap kali membaca berita sebegini. 
Kes buang bayi ibarat membuang sampah sarap, buang di dalam lubang tandas,
 tempat pembuangan sampah, dan sebagainya... di mana sifat perikemanusiaan??? 
takkanlah sedikit pun tidak ada??? :'(


Cuba fikir, orang yang nikah secara halal, nak sgt anak...tapi, rezeki mereka lambat
 sampai...
Org yg dapat anak hasil berzina dgn pasangan, dengan mudahnya membuang bayi2
 yang tidak berdosa itu.... 
Dan yg lebih menyedihkan, yg melakukan hal itu adalah kebanyakannya org yg 
beragama ISLAM...
Bukankah kita harus mengamalkan cara hidup Islam dalam hidup kita? 
Patuh arahan Allah & Rasul, dan jauhi segala larangannya...
Dalam Qur'an, banyak yg menerangkan tentang zina...Allah melaknat org2 yg berzina... 
Fikirlah..kenapa kita dilarang melakukan zina??? sebab...Allah nak menjaga 
keturunan kita, maruah kita...semuanya berhikmah....
Kalau betullah tak dapat tahan nafsu nk berzina tue, kahwinla...lakukan secara 
halal...kalu tak mampu, berpuasa...seperti yg disarankan... Ya Allah...
Berita nie pula, pasal seorang ibu yg sanggup tikam anaknya sendiri berkali-kali...
Mana sifat keibuan itu hilang??? Astaghfirullah... 
*Semoga diriku,keluargaku,rakan-rakanku & semua umat Islam seluruhnya 
dipelihara Allah daripada terjerumus untuk melakukan hal-hal yg tidak 
berperikemanusiaan ini.....Nauzubillah....
Amin Ya Allah...... 

My Favorite Anime...

Hari nie, tibe2 je rasa nak citer psl my favorite anime..
Niela list anime kegemaran aku ikut ranking...

  1. Kaichou Wa Maid Sama!!!

Usui Takumi & Ayuzawa Misaki...
So Romantic!!!! ^-^


Handsomenye...
Fall in love with him...hehe...


Misaki...
Malu2 lg nk confess love to Usui... ^-^
  1.   Alice Academy

They are the best Friends Ever!!!!
Terharu dgn kisah persahabatan mereka... T_T


Romantic Couple...
Sejak kecil da ada ikatan melalui parents masing2 tanpa mereka sedari....
Sgt suke tgk anime nie.... ^-^

  1. Cardcaptor Sakura


Shaoran Lee & Sakura Kinomoto...
Watak Utama dlm anime nie...
Sama cantik,sama padan... ^_^


All the characters in this anime...
  1. Inuyasha

Anime nie pun best sgt tau!!!!


Inuyasha & Kagome....
So Sweet.... ^-^

  1. La Corda D'oro Primo Passo

Anime yg berkisarkan tentang dunia muzik...
Sgt seronok...really enjoy watching it... ^-^

* Sebenarnya susunan tue ikut 1,2,3,4,5...hehe..mls nk tkar blik...

Aku suka sgt tgk anime nie...ulang tgk bnyk2 kali pun tak penah rase boring tau... ^_^
Tapi...ramai juga yang marah aku sebab nie...dah besar pun masih lagi tgk anime...
Ala,xpela...nak wat camane...da minat aku tgk anime...mmg sshla aku nk stop trus tgk anime nie...huhu...
Xpela,yg penting,tgk anime nie, tak melalaikan aku dari mengingati Allah...
Xpenah aku tgk anime smpi lupe@ tak sedar waktu solat da masuk...
Aku ingat juga tanggungjawab aku sebagai sorg hamba Allah...
Tanggungjawab sebagai student...aku tak lupala....jgn risau....insyaAllah... ^_^
Aku ada ramai kwn2 yg sntiasa mngingatkan aku...alhamdulillah.... :)
hehe...mgkin sampai aku da kawin nnti pun still lg tgk anime nie...xtaula.. ;)



Thursday, January 20, 2011

Mutiara Kata...

CINTA lebih tua daripada alam ini, kerana alam ini dijadikan oleh ALLAH atas dasar Cinta - Muttanabi

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

 Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

 Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

 Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

"Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih". - Ibnu Maqaffa

Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

 Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik Balqis, andai dirimu tidak seindah Sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan Yusof, andai dirimu tidak setulus Zulaikha... tak perlu mencari seistimewa Khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...



<Untuk dikongsi bersama>

Sebagai Renungan...

Golongan Lelaki Dalam Neraka Kelak,sering kita berkata-kata kaum hawa adalah baham utama api neraka,walhal sebenar kita silap lelaki jugak adalah golonganya .. iaitu:
Pertama:- ‘Ayahnya’ – Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- ‘Suaminya’ -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- ‘Abang-abangnya’ – Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-’ Anak Lelakinya’ – Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-
” Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..
Mari sama-sama kita renung,adakah kita dalam golongan keempat-empat ditas? yang baik elok datang dari Allah swt,mana yang kurang datang dari diri ayieblog sendiri..
Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.


Monday, January 10, 2011

10 Solat Yang ditolak....

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak

diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri

memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang

keji dan mungkar”.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Retreat 2 For IIUM Peers...

Pada 8 Januari 2011-9 Januari 2011, aku dan sahabat-sahabat 'peers' telah mengikuti program 'Retreat 2' yang dianjurkan oleh CSD...

Alhamdulillah, sepanjang mengikuti program tersebut, memang seronok...banyak benda baru yang aku pelajari...banyak juga belajar banyak 'skill' baru...seronok.... ^_^

 Pada 8hb tue, kami tiba di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Baru Selangor pada pukul 9.45 pagi...

sampai je, kami diberi briefing mengenai kem tersebut oleh Encik Shamsul@Pak Su...kami adalah kumpulan pertama pada tahun 2011 nie,yang menjalankan aktiviti di sana...wah...bangganya kami..hehe..

 Jam 10,kami semua pergi ke tempat 'High Rope'...seronok...kalau nak tau cane rasenye, alaminye sendiri k..hehe..

 erm...bnyk sgtla nk dikongsi....ssh nk ungkap dgn kata-kata...hehe... ;)










Hikmah Kata Cinta...

Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu! Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita, yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi,

"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. Terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara bukan orang lain.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta, ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira-kira atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.

People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel "

Jangan sesekali kita melukakan hati dan perasaan insan lain hanya untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah...Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Allah Maha Adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan dari-Nya... BERINGATLAH...  

<Untuk dikongsi Bersama...>

Friday, January 7, 2011

Kenali Diriku...

Aku dilahirkan pada 13 November 1990, pukul 11.30 mlm. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk aku melihat keindahan alam yang diciptakanNya.

 Pendidikan awal yang aku terima adalah sewaktu aku tadika di Beaufort iaitu di Tabika Kemas. Apabila berumur 7 tahun, aku dihantar ke SK. Beringgis Papar. Sebelah petang pula, aku dihantar untuk bersekolah agama di SUIS Pengalat Besar, Papar. seronok juga bila fikir balik zaman kanak-kanak yang aku lalui dulu. Macam nak je kembali ke masa lampau...tapi aku tahu tu mustahil...Jadi, aku harus mara ke hadapan!!! ^_^

 Seterusnya, sewaktu umur aku 13 tahun, aku bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha pula. 5 tahun aku belajar di sana. Banyak kenangan suka, duka yang telah aku lalui bersama teman-teman. Kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan adalah sewaktu kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Brunei Darussalam. Hanya pengawas sekolah dan asrama yang megikuti lawatan tersebut. Aku sebagai pengawas sekolah pastilah tidak ketinggalan untuk turut serta..hehe..memang seronok dapat ikut lawatan tersebut kerana dalam masa yang sama, kami sempat singgah di Sarawak. Di Brunei pula, sangat seronok kerana banyak tempat-tempat yang kami lawati dan yang lebih menyoronokkan, lawatan ke masjid-masjid dan pusat tahfiz di sana...^_^

 Erm.....sedih juga aku nak tinggalkan sekolah tercinta nie....cukup dah 5 tahun aku belajar di sini....sekarang nie, aku terpaksa melangkah keluar dari SMKA TDM...Bukan sebab banyak buat kes, tapi dah abis dah tempoh aku belajar cni...selamat tinggal TDM, jumpa lagi pada masa akan datang....doakan kejayaan aku...

 Tahniah! Anda telah ditawarkan untuk megikuti kursus pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Sains Kemanusiaan... Alhamdulillah!!!! Syukur Ya Allah...Aku dapat tawaran belajar di UIAM, universiti yang telah aku impikan sekian lama. Keluarga aku, terutamanya ibu bapa aku sangat gembira apabila mengetahuinya. Aku berpeluang lagi untuk terus menuntut ilmu.....alhamdulillah....... ^_^

 Kini, aku telah pun berada di UIAM. Semoga akan terus murah rezeki aku untuk menuntut ilmu dan apabila graduate nanti, dapat peluang pekerjaan yang baik. Amin Ya Allah.... Keluargaku dan kawan-kawanku, doakan kejayaan aku ya....InsyaAllah... ^_^

Wanita Solehah...

Bukan mudah untuk menjadi wanita solehah, kita perlu berusaha untuk menjadikan diri kita solehah...

Apa yang kita boleh definisikan mengenai wanita solehah?


Wanita Solehah...semestinya adalah wanita yang sering menjaga kehormatan dirinya daripada sebarang perbuatan maksiat...selalu menundukkan pandangannya, menjaga hubungan sosial antara lelaki dan perempuan...firman Allah dalam surah An-Nur: 31:

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka......"


Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci. Kita juga digalakkan untuk sentiasa menutup aurat dalam keadaan kita berseorangan, meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.

 Untuk mejadi wanita solehah, kita perlu menjaga aurat kita dengan teliti. Sentiasa patuh dengan perintah Allah dan RasulNya. Wanita-wanita pada zaman Rasul junjungan kita Muhammad (S.A.W), apabila mendengar perintah Allah mengenai kewajipan memakai hijab, mereka terus melaksanakannya (Hadith dari Al-Bukhari & Abu Daud). 


 Selain itu, kita juga perlulah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah (S.W.T), dengan melaksanakan perintah wajib dan sunat. Sentiasa memperbaiki diri dan muhasabah diri, bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan Allah dan bersabar dengan setiap ujianNya. Yang paling penting, selalu mendekati orang-orang yang sentiasa ingin mendekatkan dirinya kepada Allah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar.

Ya Allah...aku ingin sangat bersuamikan suami soleh......

Layakkah kita untuk mendapatkan seorang lelaki soleh dalam hidup kita?

Sudah Tentu!!! tetapi...kita sendiri perlu 'mensolehahkan diri' kita kerana seperti yang kita maklum, dalam surah An-Nur: 26:

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih daripada dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."

Ayuh, kita sama-sama berusaha untuk menjadi wanita solehah...Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita...
P/S: Cinta kepada manusia pasti akan ada rasa kecewa tetapi CINTA kepada ALLAH tiada kecewa...sebelum kita mencintai seseorang, CINTAILAH Allah yang maha Esa terlebih dahulu...InsyaAllah, kita pasti akan menemui jodoh kita....Wallahua'lam.... ^_^ 






Aku Insan Biasa...

Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah. Cinta kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam dari setiap sesuatu yang dalam. Hanya mereka yang sungguh-sungguh berimanlah yang dapat merasakannya. Dan yang pasti, perasaan itu tidak boleh digantikan...