Friday, January 7, 2011

Kenali Diriku...

Aku dilahirkan pada 13 November 1990, pukul 11.30 mlm. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk aku melihat keindahan alam yang diciptakanNya.

 Pendidikan awal yang aku terima adalah sewaktu aku tadika di Beaufort iaitu di Tabika Kemas. Apabila berumur 7 tahun, aku dihantar ke SK. Beringgis Papar. Sebelah petang pula, aku dihantar untuk bersekolah agama di SUIS Pengalat Besar, Papar. seronok juga bila fikir balik zaman kanak-kanak yang aku lalui dulu. Macam nak je kembali ke masa lampau...tapi aku tahu tu mustahil...Jadi, aku harus mara ke hadapan!!! ^_^

 Seterusnya, sewaktu umur aku 13 tahun, aku bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha pula. 5 tahun aku belajar di sana. Banyak kenangan suka, duka yang telah aku lalui bersama teman-teman. Kenangan yang paling tidak dapat aku lupakan adalah sewaktu kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Brunei Darussalam. Hanya pengawas sekolah dan asrama yang megikuti lawatan tersebut. Aku sebagai pengawas sekolah pastilah tidak ketinggalan untuk turut serta..hehe..memang seronok dapat ikut lawatan tersebut kerana dalam masa yang sama, kami sempat singgah di Sarawak. Di Brunei pula, sangat seronok kerana banyak tempat-tempat yang kami lawati dan yang lebih menyoronokkan, lawatan ke masjid-masjid dan pusat tahfiz di sana...^_^

 Erm.....sedih juga aku nak tinggalkan sekolah tercinta nie....cukup dah 5 tahun aku belajar di sini....sekarang nie, aku terpaksa melangkah keluar dari SMKA TDM...Bukan sebab banyak buat kes, tapi dah abis dah tempoh aku belajar cni...selamat tinggal TDM, jumpa lagi pada masa akan datang....doakan kejayaan aku...

 Tahniah! Anda telah ditawarkan untuk megikuti kursus pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Sains Kemanusiaan... Alhamdulillah!!!! Syukur Ya Allah...Aku dapat tawaran belajar di UIAM, universiti yang telah aku impikan sekian lama. Keluarga aku, terutamanya ibu bapa aku sangat gembira apabila mengetahuinya. Aku berpeluang lagi untuk terus menuntut ilmu.....alhamdulillah....... ^_^

 Kini, aku telah pun berada di UIAM. Semoga akan terus murah rezeki aku untuk menuntut ilmu dan apabila graduate nanti, dapat peluang pekerjaan yang baik. Amin Ya Allah.... Keluargaku dan kawan-kawanku, doakan kejayaan aku ya....InsyaAllah... ^_^

No comments:

Post a Comment